Wednesday, 14 February 2018

1. SENARAIKAN EMPAT TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN EMPAT TANGGUNGJAWAB PEKERJA

Dalam sesebuah organisasi, majikan dan pekerja mempunyai peranan yang tersendiri. Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam Islam, hubungan antara majikan dengan pekerja terikat dengan tanggungjawab masing-masing.


TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

1. Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan 

Majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana individu untuk dijadikan pekerja yang akan bekerja di bawahnya. Ini bermakna pekerja yang dipilih haruslah bersesuaian dengan pekerjaan yang akan dilakukan. Majikan tidak boleh memilih pekerja atas dasar kepentingan peribadi malah majikan harus memilih mengikut kelayakan seseorang itu untuk memegang jawatan yang akan diberikan.

2. Membayar upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan

Seseorang pekerja berhak mendapat bayaran upah yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukannya. Pembayaran upah haruslah berpandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian kerja dan jaminan untuk masa hadapan.

3. Melindungi hak dan kebajikan pekerja

Majikan mestilah menjaga keperluan dan kepentingan pekerjanya. Majikan yang baik adalah seorang yang menjaga kebajikan dan kepentingan pekerjanya asalkan pekerjanya tidak melebihi batas atau melanggar peraturan dan hukum. Tujuan Islam menjaga kebajikan pekerja adalah untuk meningkatkan prestasi ke atas pekerja dan menjaga hubungan sesama manusia .

4. Tidak boleh mempekerjakan seseorang untuk perkara yang haram

Janganlah seseorang majikan itu mempekerjakan pekerjanya untuk membantunya melakukan pekerjaan atau perkara yang haram seperti rasuah dan sebagainya. Hal ini tidak akan diberkati oleh Allah swt ke atas pekerjaan yang telah dilakukan oleh seseorang itu.


TANGGUNGJAWAB PEKERJA 

1. Berkhidmat dengan majikan dengan amanah

Seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam pekerjaannya sama ada yang melibatkan urusan peribadi ataupun urusan kemasyarakatan. Setiap manusia hendaklah sedar bahawa menurut Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti.

2. Bersatu padu dan melaksanakan pekerjaan dengan sempurna

Setiap pekerja memerlukan sikap bersatu pasu dan berusaha dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan agar matlamat sesebuah organisasi tersebut tercapai. Dalam masa yang sama, seorang pekerja itu juga haruslah melaksanakan kerja yang telah diberikan dengan baik dan sempurna.

3. Layanan yang baik

Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama mahupun warna kulit. Mereka juga harus bermesra sesama pekerja dan majikan yang lain agar dapat mengeratkan lagi hubungan mereka antara pekerja dan juga majikan.

4. Mengikut arahan majikan

Setiap pekerja harus melaksanakan sesuatu pekerjaan itu dengan mengikut arahan yang telah diberikan oleh majikan. Pekerja juga tidaklah melakukan kerja dengan sambil lewa sahaja malah mereka perlu melakukan kerja dengan tekun dan cekap agar tidak perlu melakukan pekerjaan tersebut berulang-ulang kali.



No comments:

Post a Comment