Wednesday, 14 February 2018

MUKA HADAPAN


JABATAN PERDAGANGAN


DUA2022 - PENGURUSAN DALAM ISLAM 


   SESI : DISEMBER 2017
PROGRAM : DPM2B 


DI SEDIAKAN OLEH :

NAMA KUMPULAN & NO KAD MATRIK

1. NUR SHAMINA BINTI AZMEE
(10DPM17F1019)

2. NOR IZZAH AL HUSNA BINTI ARBAIN
(10DPM17F1025)

3. PUTERI NUR 'AIN BINTI RADIN MOKHTAR
(10DPM17F1051)

4. NORLAILA SARI BINTI OSMAN HASBULLAH
(10DPM17F1005)

5. NUR ELINA NATASHA BINTI MOHAMAD HARYADI
(10DPM17F1009)


DI SEDIAKAN UNTUK :

PN. NURUL SHAHIDA BINTI AZMI


SENARAI KANDUNGAN




1. SENARAIKAN EMPAT TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN EMPAT TANGGUNGJAWAB PEKERJA.



2. BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W MENJAGA AMANAH SEBAGAI SEORANG PEKERJA YANG JUJUR.



3. BERIKAN DEFINISI GANJARAN EKSTRINSIK DAN BERIKAN DUA CONTOHNYA


4. RUMUSAN / KESIMPULAN

1. SENARAIKAN EMPAT TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DAN EMPAT TANGGUNGJAWAB PEKERJA

Dalam sesebuah organisasi, majikan dan pekerja mempunyai peranan yang tersendiri. Majikan dan pekerja adalah mereka yang berada di dalam satu organisasi tidak kira organisasi itu kecil atau besar. Dalam Islam, hubungan antara majikan dengan pekerja terikat dengan tanggungjawab masing-masing.


TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

1. Memilih pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan 

Majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana individu untuk dijadikan pekerja yang akan bekerja di bawahnya. Ini bermakna pekerja yang dipilih haruslah bersesuaian dengan pekerjaan yang akan dilakukan. Majikan tidak boleh memilih pekerja atas dasar kepentingan peribadi malah majikan harus memilih mengikut kelayakan seseorang itu untuk memegang jawatan yang akan diberikan.

2. Membayar upah atau ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan

Seseorang pekerja berhak mendapat bayaran upah yang setimpal dengan pekerjaan yang dilakukannya. Pembayaran upah haruslah berpandukan polisi, peraturan dan keadaan organisasi, kesesuaian kerja dan jaminan untuk masa hadapan.

3. Melindungi hak dan kebajikan pekerja

Majikan mestilah menjaga keperluan dan kepentingan pekerjanya. Majikan yang baik adalah seorang yang menjaga kebajikan dan kepentingan pekerjanya asalkan pekerjanya tidak melebihi batas atau melanggar peraturan dan hukum. Tujuan Islam menjaga kebajikan pekerja adalah untuk meningkatkan prestasi ke atas pekerja dan menjaga hubungan sesama manusia .

4. Tidak boleh mempekerjakan seseorang untuk perkara yang haram

Janganlah seseorang majikan itu mempekerjakan pekerjanya untuk membantunya melakukan pekerjaan atau perkara yang haram seperti rasuah dan sebagainya. Hal ini tidak akan diberkati oleh Allah swt ke atas pekerjaan yang telah dilakukan oleh seseorang itu.


TANGGUNGJAWAB PEKERJA 

1. Berkhidmat dengan majikan dengan amanah

Seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam pekerjaannya sama ada yang melibatkan urusan peribadi ataupun urusan kemasyarakatan. Setiap manusia hendaklah sedar bahawa menurut Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti.

2. Bersatu padu dan melaksanakan pekerjaan dengan sempurna

Setiap pekerja memerlukan sikap bersatu pasu dan berusaha dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan agar matlamat sesebuah organisasi tersebut tercapai. Dalam masa yang sama, seorang pekerja itu juga haruslah melaksanakan kerja yang telah diberikan dengan baik dan sempurna.

3. Layanan yang baik

Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama mahupun warna kulit. Mereka juga harus bermesra sesama pekerja dan majikan yang lain agar dapat mengeratkan lagi hubungan mereka antara pekerja dan juga majikan.

4. Mengikut arahan majikan

Setiap pekerja harus melaksanakan sesuatu pekerjaan itu dengan mengikut arahan yang telah diberikan oleh majikan. Pekerja juga tidaklah melakukan kerja dengan sambil lewa sahaja malah mereka perlu melakukan kerja dengan tekun dan cekap agar tidak perlu melakukan pekerjaan tersebut berulang-ulang kali.



2. RASULULLAH S.A.W TELAH MEMBERIKAN SEPENUH KOMITMEN BAGINDA DALAM MENGURUSKAN PERNIAGAAN SITI KHADIJAH. CERITAKAN BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W MENJAGA AMANAH SEBAGAI SEORANG PEKERJA YANG JUJUR

CARA BAGAIMANA RASULULLAH SAW MENJAGA AMANAH SEBAGAI SEORANG PEKERJA YANG JUJUR

1. Jujur


Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
  • Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

  • Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

  • Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

  • Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah.Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”



2.  Lemah Lembut


  • Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.

  • Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan


3. BERIKAN DEFINISI GANJARAN EKSTRINSIK DAN BERIKAN DUA CONTOHNYA

EKSTRINSIK

Merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil yang ditentukan oleh kuasa luar.



DEFINISI:


Intrinsik     - Ganjaran penghargaan seperti surat pujiaan atau sijil pekerja cemerlang.


Ekstrinsik   - Ganjaran kewangan seperti upah dan bonus.


CONTOH SITUASI EKSTRINSIK:


1) Ali seorang pekerja kilang,dia bekerja dan setiap bulan dia mendapat gaji bulanan. Pada setiap hujung tahun pula,dia mendapat bonus kerana prestasi kerjanya yang bagus.


2) Sarah bekerja sebagai akauntan selama 5 tahun dan beliau sangat rajin serta tekun dalam pekerjaannya,oleh itu beliau mendapat kenaikan gaji pada tahun berikutnya.




CONTOH SITUASI INTRINSIK:


1) Rahman seorang atlet sepak takraw sekolahnya,dia telah memenangi sebuah pertandingan sepak takraw. Oleh itu dia dianugerahkan sijil kemenangan.


2) Siti tidak pernah ponteng kerja dan sentiasa memberi sepenuh komitmen terhadap kerjanya serta sentiasa meningkatkan prestasinya.Oleh itu,Siti dianugerahkan sijil kecermelangan kerana prestasi kerjanya yang bagus.





HURAIAN


        Oleh itu, pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin bagi menyediakan ganjaran ekstrinsik kepada pekerjanya.Pengurus tidak perlu bersifat kedekut terhadap pekerja yang membantunya selama ini.Hal ini kerana seseorang pekerja berhak mendapat imbalan atau ganjaran terhadap prestasi kerja mereka.

         Pemberian gaji atau upah perlulah tepat pada waktu yang ditetapkan .Pengurus tidak perlu bersifat pentingkan diri sendiri.Ini kerana,upah yang diberi adalah usaha titik peluh kerja itu sendiri .

         Seorang pengurus yang baik dan memahami akan mewujudkan sebuah organisasinyang baik dan kukuh.

RUMUSAN / KESIMPULAN

Rumusan atau kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan tajuk yang diberi iaitu peranan majikan dan pekerja. Ikatan antara majikan dan pekerja amat penting di dalam sesebuah organisasi. Tanpa majikan sesebuah organisasi tidak akan terbentuk dan tanpa pekerja impian atau matlamat majikan itu tidak mungkin ataupun susah untuk dicapai. Mereka memerlukan antara satu sama lain. Di dalam islam juga, amat menekankan hubungan antara majikan dan pekerja perlu dijaga dengan baik ini kerana apabila hubungan majikan dan pekerja baik di dalam sesebuah organisasi ini kerja yang dilakukan lebih ikhlas tanpa ada perasaan hasad dengki atau benci dan akan terciptalah sebuah pekerjaan yang halal dari gaji yang halal  kerana kerja yang dilakukan ikhlas dan di buat melalui hati yang gembira.